MDeC cari rakan kongsi tingkat niaga
Jum'at, 10/07/09 15:06:58 PM
ngatini
PERBADANAN Pembangunan Multimedia (MDeC) sedang mencari lebih banyak rakan kongsi strategik di dalam dan luar negara dalam bidang penyediaan kandungan, pemasaran dan sokongan teknikal.
Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Industrinya, Nicholas Shariff Collins, berkata inisiatif itu bertujuan membantu syarikat bertaraf MSC mempertingkatkan lagi perniagaan masing-masing dan mengembangkan sayap ke pasaran global.
?Kami mahu membantu syarikat bertaraf MSC memajukan produk berkualiti dan membina kemahiran pemasaran yang baik bagi mengedarkan produk mereka dalam pasaran antarabangsa,? katanya kepada media selepas pelancaran `MSC Malaysia IP Creators Challenge Series 2007? MDeC musin kedua, di Kuala Lumpur, semalam.
Collins berkata, kebanyakan syarikat itu mencari saluran pengedaran yang sesuai untuk menjual produk mereka dan menghasilkan kandungan kreatif bermutu tinggi.
Perkongsian strategik boleh membantu syarikat berkenaan dalam bidang pemasaran, serta pembangunan dan penambahbaikan produk, katanya.
Mengenai siri cabaran IP itu, Collins berkata ia menjadi platform bagi bakat tempatan menggunakan kreativiti dalam memajukan kandungan digital bertaraf dunia.